Kelas E-learning – Submarine Spelling Practice dan Math Magician – Color Quest

16 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli NaDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam sesi pertama kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih permainan bertajuk Submarine Spelling Practice. Mereka dikehendaki untuk memilih kumpulan perkataan iaitu Second Grade dan menyusun kembali perkataan dengan betul mengikut sebutan yang didengari. Peserta akan mengetahui jika peringkat tersebut selesai apabila skrin memaparkan gambar harta karun dan perkataan ‘Great Job’.

Pada sesi kedua pula peserta dikehendaki untuk membuka permainan bertajuk Math Magician – Color Quest dimana mereka diwajibkan mewarna kesemua 12 gambar yang dipaparkan. Gambar-gambar tersebut akan diwarnai jika mereka dapat menjawab kesemua soalan Matematik berbentuk operasi tambah dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali